Adab-adab ketika memasuki rumah dan ketika keluar dari rumah
Jikalau seseorang itu ingin keluar dari rumahnya atau hendak masuk ke dalam rumahnya, janganlah menolak pintu itu dengan terlalu kuat sangat sehingga pintu itu terkunci dengan sendirinya kerana dalam agama islam tidaklah menyuruh membuat perkara yang terlalu kasar tetapi agama islam adalah agama yang lembut dalam melaksanakan muamalah sesama-sama manusia dalam melakukan sesuatu perkara.ketika hendak keluar keluar dari rumah atau hendak masuk, tolaklah pintu itu dengan perlahan dengan mengunakan tangan.begitu juga ketika mengunci pintu rumah. Dalam hadis ada menyebut :
ماروته السيدة عا ئشة رضى الله عليه وسلم (( ان الرفق لايكون في شيئ إلا زانه , ولا ينزع من شيئ إلا شانه ))
رواه مسلم.
Maksudnya :Barang yang diriwayatnya oleh saidati A’isyah radhiaallahu a’laihi salam, sesungguhnya kelembutan itu tiadalah pada sesuatu perkara melainkan akan menjadi perhiasan bagi perkara tersebut, dan jika ianya tiada pada sesuatu perkara melainkan akan menjadikan perkara tersebut kurang baik.
Apabila hendak memasuki rumah dan ketika keluar dari rumahnya
Maka berilah salam ketika waktu hendak memsuki rumah atau ketika keluar dari rumahnya kepada lelaki dan perempuan , dan berilah salam kepada orang islam dengan ( السلام عليكم ورحمة الله وبركاته )
No comments:
Post a Comment