salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 12, 2011

RM1.5 juta baiki bangunan SMA Nahdatul Hasanah

RM1.5 juta baiki bangunan SMA Nahdatul Hasanah




MUKHRIZ Mahathir menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Sijil Tinggi Agama Malaysia kepada Muhamad Atifurrahman Abdullah, 19, sambil diperhatikan Pengetua SMA Nahdatul Hasanah, Sheikh Mohd. Farid Wajdi (kanan) di Kubang Pasu, semalam. (4/4/2011)




JERLUN 3 April - Kerajaan Persekutuan mengotakan janjinya dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi membaik pulih bangunan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdatul Hasanah, Melele di sini seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan perkara itu berkata, komitmen untuk membantu sekolah berkenaan diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan direalisasikan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bantuan itu, kata beliau, merupakan salah satu pendekatan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

"Inilah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan mengotakan janjinya," katanya pada Majlis Anugerah Cemerlang 2001 sekolah itu, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sekolah berkenaan turut menerima 10 unit komputer atas sumbangan sebuah anak syarikat milik kerajaan, Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, peruntukan itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pembangunan pelajaran termasuk pendidikan agama walaupun di negeri ini diperintah pakatan pembangkang.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan infrastruktur demi keselesaan penduduk termasuk di luar bandar seperti di Parlimen ini.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm


No comments:

Post a Comment