salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 13, 2010

siapakah imam Asy'ari?

IMAM ASY`ARI DAN KEHIDUPANNYA

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut berkenaan dengan pemikiran imam Asy`ari, adalah lebih baik untuk kita membincangkan terlebih dahulu tentang riwayat hidup beliau.Hal ini kerana, melalui pengetahuan berkenaan kehidupan dan sahsiah imam mutakallimin ini,kita akan dapat mengetahui sejauh mana kehidupannya mempengaruhi manhaj dan pemikirannya.

Kehidupan imam asy`ari

Beliau adalah al-`Alamallah imam al-Mutakallimin,Abu al-Hassan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Isyak bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Amir al-Basrah Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa Abdullah bin Qis (sahabat Rasulullah s.a.w) bin Hidhar, al-Asy`ari al-Mani al-Basri.

Beliau dilahirkan pada tahun 260H. sebahagian daripada ahli sejarah yang lain pula menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 270H.

Ayah beliau iaitu Ismail bin Ishak adalah bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan seorang muhadith. Beliau telah mewasiatkan anaknya Ali Asy`ari kepada Zakaria bin Yahya as-Saji untuk mengajar ilmu pengetahuan selepas beliau meninggal dunia. Zakaria as-Saji merupakan imam dalam ilmu Hadis dan Fiqh pada waktu tersebut.

Jika diperhatikan kepada keturunan imam Asy`ari pula,kita akan dapati bahawa salah satu seorang daripadanya ialah abu musa Abdullah bin Qis Asy`ari r.a. Beliau adalah seorang sahabat Rasaullah s.a.w. yang memainkan peranan yang sangat penting dalam peristiwa at-Tahkim di antara antara Saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyyah r.a. Berdasarkan natijah daripada majlis at-Tahkim tersebut, kita dapati bahawa Abu Musa al-Asy`ari telah berusaha untuk menyatukan kaum muslimin dan mengambil jalan sederhana aserta pertengahan untuk menyelesaikan pertelingkahan. Mungkin inilah yang menjadi manhaj imam asy`ari dalam mazhabnya yang mencari jalan pertengahan dan sederhana antara mazhab Hanabilah dan Muktazilah serta mazhab-mazhab lain sebagaimana yang akan kita bincangkan nanti

Kehidupan imam Asy`ari adalah sangat sederhana. Perkara ini dapat kita ketahui berdasarkan kepada kata-kata khadam imam Asy`ari di Basrah iaitu Bundar bin Lahusain. Beliau berkata : Abu al-Hassan menyara hidupnya daripada hasil tanah yang diberikan oleh datuknya Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy`ari.” Beliau menyebut bahawa sara hidupnya pada setiap tahun hanyalah sebanyak 17 dirham.

Para pengkaji bersepakat menyatakan bahawa imam Asy`ari telah berada dalam mazhab Muktazillah apabila beliau belajar daripada bapa tirinya,Abu Ali al-Jubbaie sehingga beliau menjadi imam kepada mazhab tersebut.walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan mereka tentang tempoh imam Asy`ari berada dalam mazahab muktazilah..sebahagian nya menyatakan bahawa beliau berada dalam mazhab muktazilah selama 40 tahun.

Mereka berpandangan sedemikian kerana melihatkan perbezaan tahun kematian guru yang juga bapa tirinya, Abu Ali al-Jubbaie ialah pada tahun 303H tahun kelahiran imam Asy`ari pula pada tahun 260H. Perbezaan di antara keduanya adalah selama 43 tahun .Justeru, mereka telah membuat kesimpulan bahawa Imam Asy`ari telah berada dalam mazhab muktazilah sehingga berumur 40 tahun iaitu sehingga Abu Ali al-Jubbaie meninggal dunia.

Pun begitu, terdapat sebahagian daripada pengkaji menolak pendapat tersebut berdasar kepadakajian tarikh kelahiran Imam Asy`arid an perbandingannya dengan tarikh kelahiran Abu Ali al-Jubbaie dan kematiannya serta kajian terhadap buku-buku yang ditulis oleh beliau.Perinciannya adalah sebagaimana fakta-fakta tersebut :

1. Jika dikatakan bahawa imam Asy`ari berada dalam mazhab muktazilah selama 40 tahun berdasarkan kepada perbezaan kematian Abu Ali al-Jubbaie dengan kelahiran imam Asy`ari, maka timbul persoalan dalam pemikiran kita bahawa adakah imam Asy`ari telah belajar daripada Abu Ali al-Jubbaie dan berada dalam mazhab muktazilah semenjak beliau dilahirkan lagi? Perkara ini tidak dapat diterima oleh akal kerana seseorang tidak mungkin dapat belajar dan berfikir semenjak dia bayi.

2. Dalam kitab-kitab bersejarah, tidak disebut tentang tarikh perkahwinan Abu Ali al-Jubbaie dengan emaknya.Perkara yang disebut hanyalah tentang wasiat ayahnya kepada Zakaria as-Saji untuk mengajar imam Asy`ari. Di samping itu juga, diriwayatkan bahawa imam Asy`ari telah belajar daripada fuqaha`Syafieyyah dan juga daripada ulamak-ulamak hadis, antaranya Abu Ishak al-Mirwazi, Jamhi, Ibnu Nuh dan Muqri. Ini bemakna imam Asy`ari telah belajar daripada fuqaha` dan ulamak hadis sebelum perkahwinan Abu Ali al-Jubbaie dengan emaknya. Ahli sejarah telah mengaitkan pengangan Asy`ari dalam mazhab muktazilah dengan perkahwinanAbu Ali al-Jubbaie ini. Ketika itu berlaku pertentangan yang sangat hebat di antara fuqaha` dan ulamak hadis dengan golongan muktazilah sehingga fuqaha` dan ulamak hadis memberi amaran keraskepada orang ramai supaya jangan membicarakan tentang ilmu kalam yang dibawa oleh golongan Muktazilah.

Jelasnya , berdasarkan kepada fakta di atas ,pandangan yang menyatakan bahawa imam Asy`ari berada selam 40 tahun dalam mazhab Muktazilah semenjak daripada kecil adalah tidak tepat kerana sebelum dia berpegang dengan akidah mazhab muktazilah, beliau telah belajar terlebih dahulu daripada fuqaha` dan ulamak hadis yang menolak mazhab Muktazilah .

3. Salah satu daripada buku yang dikarang oleh imam Asy`ari ialah Risalah Ahli at-Thaghri. Buku ini dikarang oleh beliau apabila orang ramai meminta daripadanya supaya menyebut tentang perkara-perkara usul yang menjadi pegangan ahli sunnah wal jamaah.Justeru, beliau telah menjawab persoalan mereka dengan menulis risalah ini pada tahun 297h. Buku ini menerangkan tentang kefasadan mazhab Muktazilah , menolak pandangan mereka dan menyifatkan mereka sebagai golongan bid`ah dan sesat.

Mengikut pandangan Dr. Syed Jalayand ,sekiranya diandaikan bahawa peringkat kematangan pemikiran Imam Asy`ari bermula dari umur 15 tahun (275H) dan beliau telah mula menolak pandangan Muktazilah daripada tarikh kitab Risalah Ahli at-Thaghri yang ditulis pada tahun 297H, maka tempoh masa di antara kematangan pemikiran dan penolakkannya terhadap Muktazilah adalah selama 22 tahun. JIka demikian, bagaimana kita boleh mengatakan bahawa beliau telah barda dalam mazhab Muktazilah selama 40 tahun? Ini adalah berdasarkan kepada tarikh buku ini ditulis dan ada kemungkinan di sana tidak sampai kepada pengetahuan kita tarikh yang lebih dekat daripada apa yang disebut dalam Risalah Ahli at-Thaghri.

Kesimpulannya, pandangan yang mengatakan bahawa imam Asy`ari berada dalam mazhab Muktazilah selama 40 tahun dengan sendirinya tertolak berdasarkan kepada hujah-hujah dan bukti-bukti yang telah dikemukakan .


Monday, March 1, 2010

kewafatan syeikh azhar (Syeikh Tantawi)


القاهرة - وافت المنية صباح اليوم الأربعاء 20-1-2010 شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي (82 عاما) خلال زيارة يقوم بها للسعودية.

وذكرت وكالة "أنباء الشرق الأوسط" الرسمية المصرية أن شيخ الأزهر توفي في العاصمة السعودية الرياض، التي سافر إليها مؤخرًا للمشاركة في حفل توزيع جوائز الملك فيصل العالمية، ولم يكن شيخ الأزهر يعاني من أي أعراض مرضية.

وولد شيخ الأزهر في أكتوبر من عام 1928 بقرية سليم الشرقية في محافظة سوهاج بصعيد مصر، لكنه حفظ القرآن وتعلم في مدينة الإسكندرية.