salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 11, 2010

Solat bagi seorang doktor yang terpaksa berada lama di dalam bilik pembedahan

Solat bagi seorang doktor yang terpaksa berada lama di dalam bilik pembedahan



1.Doktor terkenal sebagai seorang yang sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarangan kemungkinan.Di antara perkara yang sering menjadi permasalahan bagi seorang Doktor ialah bagaimana cara untuk menunaikan solat bilamana terpaksa berada lama di dalam bilik pembedahan.

2.Islam adalah agama yang sangat indah dan unik. Antara keunikan di dalam islam adalah solat lima waktu sehari semalam. Sesuatu yang tiada pada agama yang lain.

3.Seorang muslim tidak akan meninggalkan solat walau apa keadaan sekalipun. Ini termasuklah seorang Doktor yang terpaksa berada lama di dalam bilik pembedahan bagi menjalankan proses pembedahan.

4.Bagaimana cara melaksanakannya? Gambaran permasahannya sebegini :

a)Jika seorang doctor tersebut terpaksa melaksanakan pembedahan sedangkan waktu solat telah masuk, jika masa untuk menunaikan solat telah lama masuk sedangkan doctor tersebut cuai untuk melaksanakannya pada awal waktu maka doctor tersebut dikira sebagai seorang yang sengaja melambat-lambatkan solat. Namun jika pembedah tersebut tamat sebelem habis waktu maka tidaklah mengapa.

b)Jika seorang doctor tersebut terpaksa masuk ke bilik pembedahan sebelum waktu solat dan akan keluar selepas habis waktu solat tersebut, maka dibenarkan bagi doctor tersebut untuk melaksanakan Jama’Ta’khir jika solat tersebut ialah (zohor dan Asar ) didirikan pada waktu Asar atau ( Maghrib dan Isya’) didirikan pada waktu Isya’.

c)Namun jika pembedah tersebut terpaksa mengambil masa terlalu lama sehingga melangkaui keempat-empat waktu solat yang dibenarkan melaksanakan solat Jama’ padanya. Contohnya seperti : Doktor Syamsul masuk ke bilik pembedahan bermula sebelum masuk waktu Zohor. Pembedahan tersebut dijangkakan tamat pada waktu isya’ maka Doktor Shamsul terpaksa menqada’kan solat Zohor dan Asar, serta melaksanakan solat jama’Ta’khir bagi waktu Maghrib dan Isya’.

d)Perlu diingat disini, hanya jama’ dibenarkan kepada seorang yang ditimpa keuzuran sebegini. Tidak dibenarkan baginya melaksanakan solat secara Qasar.

e)Namun, jika Doktor tersebut mampu untuk membuat penukaran sebentar proses pembedahan dengan seorang lagi Doktor yang juga punya kepakaran sepertinya maka digalakkan baginya melakukan sedemikian. Penukar tersebut dilakukan sebaikmasuk waktu kedua yang dibenarkan baginya untuk melaksanakan Jama’Ta’khir. Contohnya dengan melakukan penukaran pada waktu Asar bagi melaksanakan solat Jama’ta’khir Zohor dan Asar atau pada waktu isya bagi melaksanakan solat Jama’ta’khir Maghrib dan Isya’.

Diambil daripada kalam-kalam,
Ustaz Muhd Nazrul Bin Abdul Nasir